Tuesday, November 3, 2009

SYEIKH MUHAMMAD SAYYYID HASANIN JIBRIL


Beliau adalah Syeikh Muhammad Muhammad Sayyid Hasanin Jibril ataupun lebih dikenali dengan nama Sheikh Jibril. Dilahirkan di daerah Qalyubiyah, Mesir. Berasal daripada "keluarga Al-Quran" kerana ayahnya serta adik-beradiknya kesemua mereka menghafaz Al-Quran. Keluarga mereka bukan sahaja terkenal dengan kebolehan menghafaz Al-Quran dengan baik bahkan mereka juga mempunyai suara bacaan Al-Quran yang sangat fasih dan merdu. Untuk mendengar bacaan Sheikh Jibril, silalah lawati laman web Jebril.com.

SHEIKH AHMAD HUSSEIN DEEDAT


Siapakah beliau?
Beliau sebenarnya adalah Sheikh Ahmed Hussein Deedat atau lebih dikenali dengan nama Ahmad Deedat. Lahir di Gujarat, India pada 1 Julai 1918M bersamaan 22 Ramadhan 1336H. Beliau sangat dikenali sebagai seorang pendakwah Islam yang sangat berkarisma, tawadhuk serta sangat bijak berdebat menentang pendakwah-pendakwah kristian. Walaupun telah meninggal dunia pada 20 Ogos 2005, namun warisan dan perjuangan beliau masih diteruskan. Syeikh Ahmad Deedat juga adalah pengasas kepada
Islamic Propagation Centre International.

Wednesday, August 5, 2009

HARAM BERTEMU DAN BERDUA-DUAAN DENGAN BERLAINAN JANTINA


Bersumber daripada Jabir, beliau berkata:Rasulallah saw bersabda "ingatlah,seorang lelaki tidak boleh menginap dirumah seorang wanita janda kecuali dia adalah suaminya atau muhrimnya."
Bersumber daripada Uqabah bin Amir,bahawa rasulallah saw bersabda "hindarkanlah kalian dari masuk menemui wanita."seorang sahabat Ansar bertanya "Ya Rasulallah bagaimana kalau ipar?" Rasulallah saw bersabda "ipar itu maut [lebih mengkhawatirkan].
Abdullah bin Amr bin Al Ash menceritakan bahawa sekelompok orang bani Hashim datang menemui Asmak binti Umaisy, lalu Abu Bakar masuk,pada waktu itu Asmak memang sudah berada di bawah perlindungan Abu Baka.Ketika Abu Bakar melihat orang-orang Bani Hashim itu,beliau merasa tidak suka hal itu beliau tuturkan kepada Rasulallah saw dan beliau menambahkan "memang kau tidak melihat kecuali kebaikan."
Rasulallah saw besabda "sungguh,Allah telah mengampuninya dari perbuatan itu".
Kemudian Rasulallah saw berdiri di atas mimbar dan bersabda "sesudah hari ini,seorang laki-laki tidak boleh masuk menemui wanita yang suaminya tidak ada kecuali dia bersama seorang atau dua orang lelaki lain."

[terjemahan Sahih Muslim]

Monday, August 3, 2009

PANDUAN BERPAKAIAN


Dan katakanlah olehmu wahai Muhammad terhadap perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukan pandangan mereka dan menjaga kehormatan diri mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan disebalik pakaian mereka kecuali yang zahir sahaja dan hendaklah melabuhkan tudung kepala mereka sehingga menutupi bahagian dada. [suruh An-Nur:31]

Daripada Abu Hurairah telah berkata,Rasulallah saw bersabda ada 2 golongan ahli neraka yang aku tidak sempat melihat perbuatan mereka iaitu:
  • Satu kaum yang memiliki cemeti seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia
  • Wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang,mereka bergaya dengan lenggang lenggok untuk memikat lelaki,bila dipujuk senang mengukut.Kepala mereka didedah dan dihias [bagaikan gohgoh unta] wanita tersebut tidak dapat masuk syurga bahkan tidak dapat menghidu baunya dan bauan syurga itu didapati dari jarak seribu tahun perjalanan.

Sesunggunya wanita yang menipu dalam menutup auratnya adalah tergolong dalam ahli neraka.

[sumber sahih muslim]

PAKAIAN KETAT FESYEN JAHILIAH MODEN

Sepakat ulama sependapat seandainya potongan seluar dipakai wanita menyerupai seluar yang dipakai oleh lelaki & ketat serta dipandankan dengan baju yang ketat,singkat serta sendat seperti T-shirt @ apa-apa fesyen baju yang ketat maka hukumnya adalah HARAM.Kerana dikira seolah-olah tidak berpakian & tidak sempurna menutup auratnya disebabkan masih nampak melalui bentuk badan yang jelas.
Sekiranya seorang wanita memakai seluar panjang yang longgar bersama baju berlengan panjang yang labuh melepasi punggung tidak menampakkan bentuk badan maka ia di HARUSKAN,kerana arautnya terjamin dan terlindung melalui pakian yang longgar dan labuh.Bawah baju wajib labuh dan melepasi atau menutup punggung.

CIRI-CIRI PAKAIAN WANITA YANG DIHARAMKAN

  • Pakaian yang terlalu ketat sehingga menampakan bentuk tubuh yang kadangkala boleh mendatangkan fitnah [nafsu] oleh sesiapa yang memandangnya.
  • Yang jarang tanpa lindungan terhadap aurat boleh dilihat disebalik pakaian yang jarang walaupun tidak begitu jelas .
  • Pakaian yang separuh terdedah atau separuh bogel atau ditutup tetapi dari lutut ke bawah dibuka seperti mini skrit.
  • Perempuan yang memakai kain tetapi tak berseluar panjang,sengaja tayang betis semasa menunggang motorsikal walaupun ianya bertudung.

Wahai Nabi,suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaian bagi menutup seluruh tubuhnya sewaktu mereka keluar,cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali sebagai perempuan yang baik-baik,dan ingatlah Allah maha pengampun dan penyanyang [surah Al- Ahzab:59]

Wednesday, July 29, 2009

RAHMAT ALLAH

Bersumber dari Abu Hurairah,dari Nabi s.a.w,beliau bersabda "sesungguhnya Allah mempunyai 100 rahmat,dari 100 itu,dia turunkan satu rahmat diantara jin,manusia,ternak dan singa,lalu dengan satu rahmat itu,mereka saling berbelas-kasih.Dengan hanya satu rahmat itu pula,binatang buas menyayangi anaknya.Dan Allah menunda 99 rahmat yang lain,untuk merahmati para hambaNya pada hari kiamat nanti".

[sahih muslim]

Monday, July 27, 2009

ZIKIR

Bersumber daripada Abu Burdah yang berkata:aku mendengar Al Agharr dia adalah termasuk sahabat nabi s.a.w dan dia mendapatkan cerita dari Ibnu Umar yang mengatakan: "Rasulallah s.a.w bersabda "wahai manusia,bertaubatlah kepada Allah,sesungguhnya aku saja bertaubat kepada Allah sebanyak seratus kali dalam sehari.

[sahih muslim]

Search This Blog