Showing posts with label PERINGATAN BERSAMA. Show all posts
Showing posts with label PERINGATAN BERSAMA. Show all posts

Wednesday, August 5, 2009

HARAM BERTEMU DAN BERDUA-DUAAN DENGAN BERLAINAN JANTINA


Bersumber daripada Jabir, beliau berkata:Rasulallah saw bersabda "ingatlah,seorang lelaki tidak boleh menginap dirumah seorang wanita janda kecuali dia adalah suaminya atau muhrimnya."
Bersumber daripada Uqabah bin Amir,bahawa rasulallah saw bersabda "hindarkanlah kalian dari masuk menemui wanita."seorang sahabat Ansar bertanya "Ya Rasulallah bagaimana kalau ipar?" Rasulallah saw bersabda "ipar itu maut [lebih mengkhawatirkan].
Abdullah bin Amr bin Al Ash menceritakan bahawa sekelompok orang bani Hashim datang menemui Asmak binti Umaisy, lalu Abu Bakar masuk,pada waktu itu Asmak memang sudah berada di bawah perlindungan Abu Baka.Ketika Abu Bakar melihat orang-orang Bani Hashim itu,beliau merasa tidak suka hal itu beliau tuturkan kepada Rasulallah saw dan beliau menambahkan "memang kau tidak melihat kecuali kebaikan."
Rasulallah saw besabda "sungguh,Allah telah mengampuninya dari perbuatan itu".
Kemudian Rasulallah saw berdiri di atas mimbar dan bersabda "sesudah hari ini,seorang laki-laki tidak boleh masuk menemui wanita yang suaminya tidak ada kecuali dia bersama seorang atau dua orang lelaki lain."

[terjemahan Sahih Muslim]

Monday, August 3, 2009

PANDUAN BERPAKAIAN


Dan katakanlah olehmu wahai Muhammad terhadap perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukan pandangan mereka dan menjaga kehormatan diri mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan disebalik pakaian mereka kecuali yang zahir sahaja dan hendaklah melabuhkan tudung kepala mereka sehingga menutupi bahagian dada. [suruh An-Nur:31]

Daripada Abu Hurairah telah berkata,Rasulallah saw bersabda ada 2 golongan ahli neraka yang aku tidak sempat melihat perbuatan mereka iaitu:
  • Satu kaum yang memiliki cemeti seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia
  • Wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang,mereka bergaya dengan lenggang lenggok untuk memikat lelaki,bila dipujuk senang mengukut.Kepala mereka didedah dan dihias [bagaikan gohgoh unta] wanita tersebut tidak dapat masuk syurga bahkan tidak dapat menghidu baunya dan bauan syurga itu didapati dari jarak seribu tahun perjalanan.

Sesunggunya wanita yang menipu dalam menutup auratnya adalah tergolong dalam ahli neraka.

[sumber sahih muslim]

Search This Blog