Monday, August 3, 2009

PAKAIAN KETAT FESYEN JAHILIAH MODEN

Sepakat ulama sependapat seandainya potongan seluar dipakai wanita menyerupai seluar yang dipakai oleh lelaki & ketat serta dipandankan dengan baju yang ketat,singkat serta sendat seperti T-shirt @ apa-apa fesyen baju yang ketat maka hukumnya adalah HARAM.Kerana dikira seolah-olah tidak berpakian & tidak sempurna menutup auratnya disebabkan masih nampak melalui bentuk badan yang jelas.
Sekiranya seorang wanita memakai seluar panjang yang longgar bersama baju berlengan panjang yang labuh melepasi punggung tidak menampakkan bentuk badan maka ia di HARUSKAN,kerana arautnya terjamin dan terlindung melalui pakian yang longgar dan labuh.Bawah baju wajib labuh dan melepasi atau menutup punggung.

CIRI-CIRI PAKAIAN WANITA YANG DIHARAMKAN

  • Pakaian yang terlalu ketat sehingga menampakan bentuk tubuh yang kadangkala boleh mendatangkan fitnah [nafsu] oleh sesiapa yang memandangnya.
  • Yang jarang tanpa lindungan terhadap aurat boleh dilihat disebalik pakaian yang jarang walaupun tidak begitu jelas .
  • Pakaian yang separuh terdedah atau separuh bogel atau ditutup tetapi dari lutut ke bawah dibuka seperti mini skrit.
  • Perempuan yang memakai kain tetapi tak berseluar panjang,sengaja tayang betis semasa menunggang motorsikal walaupun ianya bertudung.

Wahai Nabi,suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaian bagi menutup seluruh tubuhnya sewaktu mereka keluar,cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali sebagai perempuan yang baik-baik,dan ingatlah Allah maha pengampun dan penyanyang [surah Al- Ahzab:59]

No comments:

Post a Comment

Search This Blog