Tuesday, November 3, 2009

SHEIKH AHMAD HUSSEIN DEEDAT


Siapakah beliau?
Beliau sebenarnya adalah Sheikh Ahmed Hussein Deedat atau lebih dikenali dengan nama Ahmad Deedat. Lahir di Gujarat, India pada 1 Julai 1918M bersamaan 22 Ramadhan 1336H. Beliau sangat dikenali sebagai seorang pendakwah Islam yang sangat berkarisma, tawadhuk serta sangat bijak berdebat menentang pendakwah-pendakwah kristian. Walaupun telah meninggal dunia pada 20 Ogos 2005, namun warisan dan perjuangan beliau masih diteruskan. Syeikh Ahmad Deedat juga adalah pengasas kepada
Islamic Propagation Centre International.

No comments:

Post a Comment

Search This Blog