Tuesday, November 3, 2009

SYEIKH MUHAMMAD SAYYYID HASANIN JIBRIL


Beliau adalah Syeikh Muhammad Muhammad Sayyid Hasanin Jibril ataupun lebih dikenali dengan nama Sheikh Jibril. Dilahirkan di daerah Qalyubiyah, Mesir. Berasal daripada "keluarga Al-Quran" kerana ayahnya serta adik-beradiknya kesemua mereka menghafaz Al-Quran. Keluarga mereka bukan sahaja terkenal dengan kebolehan menghafaz Al-Quran dengan baik bahkan mereka juga mempunyai suara bacaan Al-Quran yang sangat fasih dan merdu. Untuk mendengar bacaan Sheikh Jibril, silalah lawati laman web Jebril.com.

SHEIKH AHMAD HUSSEIN DEEDAT


Siapakah beliau?
Beliau sebenarnya adalah Sheikh Ahmed Hussein Deedat atau lebih dikenali dengan nama Ahmad Deedat. Lahir di Gujarat, India pada 1 Julai 1918M bersamaan 22 Ramadhan 1336H. Beliau sangat dikenali sebagai seorang pendakwah Islam yang sangat berkarisma, tawadhuk serta sangat bijak berdebat menentang pendakwah-pendakwah kristian. Walaupun telah meninggal dunia pada 20 Ogos 2005, namun warisan dan perjuangan beliau masih diteruskan. Syeikh Ahmad Deedat juga adalah pengasas kepada
Islamic Propagation Centre International.

Wednesday, August 5, 2009

HARAM BERTEMU DAN BERDUA-DUAAN DENGAN BERLAINAN JANTINA


Bersumber daripada Jabir, beliau berkata:Rasulallah saw bersabda "ingatlah,seorang lelaki tidak boleh menginap dirumah seorang wanita janda kecuali dia adalah suaminya atau muhrimnya."
Bersumber daripada Uqabah bin Amir,bahawa rasulallah saw bersabda "hindarkanlah kalian dari masuk menemui wanita."seorang sahabat Ansar bertanya "Ya Rasulallah bagaimana kalau ipar?" Rasulallah saw bersabda "ipar itu maut [lebih mengkhawatirkan].
Abdullah bin Amr bin Al Ash menceritakan bahawa sekelompok orang bani Hashim datang menemui Asmak binti Umaisy, lalu Abu Bakar masuk,pada waktu itu Asmak memang sudah berada di bawah perlindungan Abu Baka.Ketika Abu Bakar melihat orang-orang Bani Hashim itu,beliau merasa tidak suka hal itu beliau tuturkan kepada Rasulallah saw dan beliau menambahkan "memang kau tidak melihat kecuali kebaikan."
Rasulallah saw besabda "sungguh,Allah telah mengampuninya dari perbuatan itu".
Kemudian Rasulallah saw berdiri di atas mimbar dan bersabda "sesudah hari ini,seorang laki-laki tidak boleh masuk menemui wanita yang suaminya tidak ada kecuali dia bersama seorang atau dua orang lelaki lain."

[terjemahan Sahih Muslim]

Monday, August 3, 2009

PANDUAN BERPAKAIAN


Dan katakanlah olehmu wahai Muhammad terhadap perempuan-perempuan yang beriman supaya menundukan pandangan mereka dan menjaga kehormatan diri mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan disebalik pakaian mereka kecuali yang zahir sahaja dan hendaklah melabuhkan tudung kepala mereka sehingga menutupi bahagian dada. [suruh An-Nur:31]

Daripada Abu Hurairah telah berkata,Rasulallah saw bersabda ada 2 golongan ahli neraka yang aku tidak sempat melihat perbuatan mereka iaitu:
  • Satu kaum yang memiliki cemeti seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia
  • Wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang,mereka bergaya dengan lenggang lenggok untuk memikat lelaki,bila dipujuk senang mengukut.Kepala mereka didedah dan dihias [bagaikan gohgoh unta] wanita tersebut tidak dapat masuk syurga bahkan tidak dapat menghidu baunya dan bauan syurga itu didapati dari jarak seribu tahun perjalanan.

Sesunggunya wanita yang menipu dalam menutup auratnya adalah tergolong dalam ahli neraka.

[sumber sahih muslim]

PAKAIAN KETAT FESYEN JAHILIAH MODEN

Sepakat ulama sependapat seandainya potongan seluar dipakai wanita menyerupai seluar yang dipakai oleh lelaki & ketat serta dipandankan dengan baju yang ketat,singkat serta sendat seperti T-shirt @ apa-apa fesyen baju yang ketat maka hukumnya adalah HARAM.Kerana dikira seolah-olah tidak berpakian & tidak sempurna menutup auratnya disebabkan masih nampak melalui bentuk badan yang jelas.
Sekiranya seorang wanita memakai seluar panjang yang longgar bersama baju berlengan panjang yang labuh melepasi punggung tidak menampakkan bentuk badan maka ia di HARUSKAN,kerana arautnya terjamin dan terlindung melalui pakian yang longgar dan labuh.Bawah baju wajib labuh dan melepasi atau menutup punggung.

CIRI-CIRI PAKAIAN WANITA YANG DIHARAMKAN

  • Pakaian yang terlalu ketat sehingga menampakan bentuk tubuh yang kadangkala boleh mendatangkan fitnah [nafsu] oleh sesiapa yang memandangnya.
  • Yang jarang tanpa lindungan terhadap aurat boleh dilihat disebalik pakaian yang jarang walaupun tidak begitu jelas .
  • Pakaian yang separuh terdedah atau separuh bogel atau ditutup tetapi dari lutut ke bawah dibuka seperti mini skrit.
  • Perempuan yang memakai kain tetapi tak berseluar panjang,sengaja tayang betis semasa menunggang motorsikal walaupun ianya bertudung.

Wahai Nabi,suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaian bagi menutup seluruh tubuhnya sewaktu mereka keluar,cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali sebagai perempuan yang baik-baik,dan ingatlah Allah maha pengampun dan penyanyang [surah Al- Ahzab:59]

Wednesday, July 29, 2009

RAHMAT ALLAH

Bersumber dari Abu Hurairah,dari Nabi s.a.w,beliau bersabda "sesungguhnya Allah mempunyai 100 rahmat,dari 100 itu,dia turunkan satu rahmat diantara jin,manusia,ternak dan singa,lalu dengan satu rahmat itu,mereka saling berbelas-kasih.Dengan hanya satu rahmat itu pula,binatang buas menyayangi anaknya.Dan Allah menunda 99 rahmat yang lain,untuk merahmati para hambaNya pada hari kiamat nanti".

[sahih muslim]

Monday, July 27, 2009

ZIKIR

Bersumber daripada Abu Burdah yang berkata:aku mendengar Al Agharr dia adalah termasuk sahabat nabi s.a.w dan dia mendapatkan cerita dari Ibnu Umar yang mengatakan: "Rasulallah s.a.w bersabda "wahai manusia,bertaubatlah kepada Allah,sesungguhnya aku saja bertaubat kepada Allah sebanyak seratus kali dalam sehari.

[sahih muslim]

KEUTAMAAN SIKAP LEMAH LEMBUT

Bersumber dari Aisyah;sesungguhnya seorang lelaki minta kebenaran masuk berjumpa Rasulallah,nabi Muhammad bersabda'persilakanlah dia masuk'.Dia itu purtera yang paling buruk dalam sebuah keluarga atau lelak yang paling buruk pada sebuah keluarga.Setelah masuk nabi menyambutnya dengan kata-kata yang lemah lembut.Aisyah lalu berkata "wahai Rasulallah mengapa anda berkata dan bersikap seramah itu?"beliau bersabda "wahai Aisyah sesungguhnya orang yang kedudukanya paling buruk di sisi Allah pada hari kiamat kelak ialah orang yang dijauhi atau ditinggalkan orang banyak kerana takut akan kejahatanya."

[petikan dari sahih muslim]

Thursday, July 23, 2009

KEMBARA ILMU

Kembara ilmu selaut cahaya
Milik Tuhan tiada bertepi
Diselam tak jejak ke dasar
Ditimba tak luak setitis
Kembara misi lembah nurani
Menakung titisan ilmu suluhan budi
Resapan dari akal yang murni
Untuk diuntai mutiara sufi
Menjadi azimat menuju firdausi
Lembah nurani fitrahnya suci
Jangan ditinggal gersang
Jangan dibiar hitam
Gersang nurani kerana tiada ilmu
Hitam nurani kerana dosa bertimbun
Noda di hati melemahkan minda
Kembara sufi terasa sukar
Sesatlah di dalam pelayaran
Hanyut tiada pedoman
Akhirnya karam dalam kegagalan

SYURGA & NERAKA


Hai Ali! ketika selesai Allah menjadikan syurga,maka lantas syurga itu berkata:Wahai Tuhan,untuk apakah engkau jadikan aku?Jawab Tuhan:untuk orang yang murah hati dan bakti,kemudian berkata pula syurga itu:ya aku reda dan berkata neraka:Wahai Tuhan,untuk apakah engkau jadikan aku?Jawab Tuhan:untuk siapa orang yang kikir dan sombong,berkata neraka pula:Ya! aku reda untuk keduanya itu

[Wasiat Rasulallah kepada Syaidina Ali]

GANJARAN DI BULAN YANG MULIA

Rejab bulan menabur benih
Syabaan bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai
Rejab menyucikan badan
Syabaan menyucikan hati
Ramadan menyucikan rohaninya
Rejab bulan magfirah
Syabaan bulan syafaat
Ramadhan bulan mengandakan kebajikan
Rejab bulan taubat
Syabaan bulan muhibah
Ramadhan dilimpahi pahala amalan yang banyak
Rejab diganda 70 pahala
Syabaan diganda 700 pahala
Ramadhan diganda 1000 pahala

Wednesday, July 22, 2009

CITRA CINTAKU

Wanita ibarat Epal
Epal yang tidak berkualiti amat senang diperolehi
kerana Ia berguguran ditanah
tetapi Epal yang tidak mampu dibeli berada di puncak
susah dipetik & digapai
kadangkala Epal itu risau
kenapa diriku belum dipetik??!!
lalu Ia pun merendahkan mertabatnya dan mengugurkan diri
menyembah tanah...sedang Ia sebenarnya Allah jadikan begitu tinggi mertabatnya
hingga tiada siapa yang berani memetiknya
hingga pemuda yang benar-benar hebat sahaja yang mampu
mungkin bukan didunia tetapi diakhirat,biarlah jodoh tidak didunia asalkan cinta Ilahi menanti disana...amin

KEUTAMAAN PARA SAHABAT

Bersumber dari Abu Sa'id sesungguhnya Rasulallah s.a.w pada suatu hari berada di atas mimbar beliau bersabda 'ada seorang hamba yang oleh Allah disuruhNya memilih apakah Allah akan memberinya kemewahan dunia @ memberi sesuatu yang berada disisi-Nya 'sesudah itu Abu Bakar kelihatan menangis tersedu-sedu.Dia mengatakan 'aku sedia menebus anda ,demi ayah & ibuku 'Abu Sa'id mengatakan 'Rasulallah s.a.wlah yang dipilihnya ,dan Abu Bakar sendiri yang memberitahukan hal itu kepadaku'
Selanjutnya Rasulallah s.a.w bersabda'sesungguhnya orang yang paling setia kepada baik secara moral mahupun secara material adalah Abu Bakar.Kalau saja aku boleh mengambil seorang kekasih nescaya aku akan memilih Abu Bakar sebagai kekasih,akan tetapi dia adalah saudaraku didalam Islam.Sungguh tidak akan diciptakan pada masjid ini sebuah pintu kecil pun kecuali hal itu memang milik Abu Bakar.

KARYA CINTA TUHANKU











YA ALLAH

Jika aku jatuh cinta
cintakanlah aku pada seseorang
yang meleburkan cintanya padaMu
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaimu

Jika aku jatuh cinta
jagalah cintaku padanya agar tidak
melebihi cintaku padaMu

Jika aku rindu
jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku
merindui syahid di jalanMu

jika aku menikmati cinta kekasih mu
jagalah kenikmatan itu
melebihi kenikmatan indahnya bermunajat
dari sepertiga malam terakhirMu

Jika aku jatuh hati pada kekasihmu
jangan biarkan aku
tertatih & terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepadaMu

[EHSAN FARID ANANG]



HARUMAN YANG MENGHARUM

Bersumber dari Anas bin malik,dia berkata 'pada suatu hari nabi s.a.w datang kepadakubuat beristirehat tidur siang di rumahku,waktu itu beliau berkeringat.Ibuku lalu datang membawa sebuah botol,ia mula menyeka keringat tersebut dengan botol tadi.Nabi s.a.w terbangun dan bersabda'apa yang serdang kamu kerjakan ini ?" ibuku menjawab ini adalah keringan anda,ia aku campur dalam minyak wangiku.Keringat anda adalah haruman yang paling harum."


KEUTAMAAN MENGINGAT KEMATIAN

"Secerdik-cerdik manusia ialah yang banyak ingatanya kepada kematian serta yang banyak persiapanya untuk mengadapi kematian itu.Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka akan pergi ke alam baka dengan membawa kemuliaan akhirat"

[Diriwayatkan oleh Ibnu Majah & Ibnu Abiddunnya]

KEUTAMAAN MENCINTAI KERANA ALLAH


Bersumber dari Abu Hurairah dari Nabi s.a.w "sesungguhnya seorang lelaki bermaksud hendak mengunjungi saudaranya di sebuah desa lain,lalu Allah mengutus malaikat untuk menghadang orang itu di tengah jalan,ketika bertemu sang malaikat bertanya "mau kemana kamu?"lelaki itu menjawab aku hendak mengunjungi saudaraku di desa itu"sang malaikat bertanya lagi 'apakah ada satu nikmat yang kamu miliki yang perlu kamu upayakan penigkatannya'lelaki itu menjawab.Tidak sesungguhnya aku ini mencintai saudaraku kerana allah yang maha mulia lagi maha agung,sang malaikat berkata sesungguhnya aku ini diutus oleh Allah menemuimu untuk menyampaikan bahawasanya Allah benar-benar mencintaimu,sebagaimana kamu telah mencintai saudaramu itu kerana Allah.

[terjemahan sahih muslim]

Search This Blog